Pengalaman Yang Sangat Istimewa

Salam sejahtera semua dan selamat datang ke blog saya! Di dalam catatan blog ini, saya akan berkongsi pengalaman saya yang sangat istimewa.

“Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”
Sewaktu saya kecil, saya bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai polis supaya saya dapat membantu masyarakat. Sebelum bermulanya pelajaran saya di universiti, saya membuat keputusan untuk bergiat sebagai pegawai polis sukarelawan di Polis Republik Singapura. Bersama-sama dengan sukarelawan yang lain, kita tubuhkan kumpulan yang ke seratus untuk memulakan latihan sebagai pegawai polis sukarelawan. Sukarelewan-sukarelawan yang bergiat aktif ini bukan individu yang ada kemahiran istimewa, mereka adalah individu-individu yang bergelar ibu, bapa, guru dan pekerja-pekerja pejabat.  Walaupun sebegitu, kita semua bersatu dan mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menolong masyarakat yang memerlukan bantuan. Dengan niat yang sama, bermulanya perjalanan kita sebagai pegawai polis sukarelawan.

“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”
Latihan itu tidak mudah kerana kita mesti mengikuti kelas malam selepas bekerja. Kerana kelas selepas bekerja, kita juga akan sangat penat. Untuk membantu ini, mereka yang mempunyai kereta akan membawa kita ke kelas. Kadang-kadang, mereka juga membantu mengemas makan malam untuk pasukan. Beberapa pasukan mendapat markah yang lebih baik dalam aktiviti fizikal, tetapi ada yang lebih baik dalam kelas teori. Apabila saya tidak mempunyai jawapan untuk satu soalan, rakan sepasukan dengan cepat akan membantu menjelaskan kepada saya. Kerana kerja keras kita sebagai satu pasukan, kita menamatkan kursus dan lulus sebagai sukarelawan polis!

“Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga”
Kepada saudara dan saudari yang di kasihi, tatkala saya menenangkan detik-detik dalam latihan kita, hanya kenangan yang manis yang saya ingat. Telah berlalu dua tahun semenjak mulanya perjalanan ini dan hanya kebanggaan yang saya rasakan apabila melihat pencapaian kita. Bukan mudah untuk menetapkan masa untuk menjadi sukarelawan setiap bulan jadi saya sangat terharu dengan dedikasi anda dalam misi ini. Terima kasih diucapkan atas pengalaman yang penuh dengan kenangan baik. Jaga diri dan semoga bertemu jua!

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

1 Response to Pengalaman Yang Sangat Istimewa

  1. Pingback: Projek Bahasa Melayu L3 | Malayjournal2's Weblog

Leave a comment